20151012

Fun & Fit.. Azri vs Nurul

Disebabkan semalam tak dapat penimbang so permulaan competition nak kuruskan badan antara Ainn ngan Azri was delayed. Tak senonoh betol Azri tadi langsung taknak main pape masa PJ, takot jejaskan timbangan nanti. Rugi la kalo exercise dulu baru timbang, nanti last timbang sikit la timbangnya. Ni la susahnya bila aim nak menang je. Bila entah nak mulakan kalo penimbang pon takde.

Elok je Ainn dok layan anak2 main gelung rotan nampak Syazali lalu. Cepat je Ainn jerit kat Azri suruh dia tanyakan pasal penimbang. Untung betol bukan setakat ada penimbang, tapi siap bagi terus! Hihi kesian penimbang kat kelas PK dah rosak.

Oke penimbang dah ada, so boleh mulakan la yek! Kononnya nak lawan sampai gaji ujung bulan ni terus bawak ke minggu last sekolah. Dah deal nak timbang weekly. Kalo nak timbang daily pon tak kisah tapi tak rekod la. Wahh Azri siap wat jadual lagi weh.

So mulakan hari ni dengan berat Azri 90kg, Ainn 78kg. Chakde Nurul Ain!

»nasib baik dah deal ngan Oren nak gi joging kat hutan bandar petang ni lepas dia balik keje :-)

No comments:

Post a Comment