20150114

Diet Ala Aizat

Dok tengok tv boleh pulak tengok #throwback. Kali ni ngan Aizat Amdan. Xtau la ni yg baru ke siaran ulangan. Paham2 la astro ni banyak sgt ulangan. Yg dah betahun pon masih lagi dok ulang.

Oke, bebalik kpd cite Aizat tu, memang xsah kalo xdiselitkan cite dia yang dah kurus tu. Mana taknya masa mula2 masok AF dulu tengok la badan dia macam mana.

Stakat show stengah jam tu apa la sangat yang nak dicitekan ngan kesah dia yang dah kurus tu. Mana nak cite pekembangan nyanyian dia lagi. So dengan dunia tanpa sempadan ni kita google je la. Cedok apa rahsia Aizat tu yek. Jom sama2 kita amalkan kalo betol nak kurus macam Aizat tu.

20150112

Let Restart

Belajar dari kesilapan. Semalam tak bawak bekal tak pasal 'terhancur' diet semalam. Ari ni dah xnak jadik macam smalam lagi, walaupon dah kuar umah sanggup nih masok balik ambk buah wat bekal.

Ingatkan nak bawak buah campur. Anggur ijau sket, anggur merah sket, epal merah sbijik, epal ijau sbijik, pisang sbijik, nenas sket. Tapi sebab dah lewat main ambk je anggur yang siap pack.

Masa rehat orang lain sume dok makan nasi, Ain soram je makan buah. Ina tanya, 'ni ari ni baru start ke apa?'

Smalam dah kantoi. Tepaksa la mulakan ari ni.

20150111

Nasi Oh Nasi

Huwaaa... baru je plan xnak makan nasi. Dah beli dah banyak2 buah kat econsave, konon nak makan buah aje minggu ni.

Rehat tadi sebab uruskan pertukaran Farid yang dapat tawaran ke SMPK(V) Indahpura. Tahniah ye Farid. Dok sibuk uruskan mana yang patot, rehat tadi mintak tolong Kak Siti belikan makanan. Lupa pulak nak bagitau dia xmakan nasi, belikan lauk aje.

Kak Siti beli nasi + ikan keli masak lemak + sayur tumis bayam. Nasi tu biasa la, ikan keli tu dah la banyak lemak, masak lemak pulak tu. Dah abes makan baru teringat bagi aje la budak2 makan sepatotnya kan, kalo betol2 nak diet.

20150110

Turun 10kg vs Naik 10kg

Disebabkan Oren tu keding orangnya, Ain pulak xxxl orangnya, takot jugak kan xbalance maunya senget pelamin nanti. Nak bagi balance kalo Ain sorang aje yang nak kena kecikkan badan macam xsempat kot dalam tempoh 5bulan ni...

So, idea jahat ni datang la. Beat ngan Oren suh dia naikkan berat dia 10kg, Ain pulak turun 10kg. Kita tengok sape yang menang. Penentu dia masa nak betunang nanti.

10minggu = 10kg

Denda utk yang kalah? Entah la Oren tu susah pulak dia pikir denda ni. Takot kalah le tu....

20150109

Twist Target

Weee dah lama xupdate belog nih. Dah lama xwat diari diet. Diet le sangattttt... puiii!!

Hehe, dok kampong xde letrik, talian tepon pon xde. Air xyah cite la awal2 lagi dah xde. Dugaan betol banjir tahun ni. Inshaa Allah ada hikmah di sebaliknya.

Oke berbalik kpd diari diet Cik Neolofa ni, yang sah2 xdapat nak capai target asal 25% loss in 3moths. So kita buat target baru. Dengan berbekalkan semangat baru. Inshaa Allah kali ni memang kena berdisiplin.

Macam Kak Ina cakap la, kalo nak kawen inshaa Allah mesti boleh punya. Hihihi berbekalkan alasan ni le, selepas MrOren dah melamar walaupon belom rasmi lagi, at least boleh jadikan semangat.

Oke, target kali ni senang aje. Turun 1kg seminggu. Oke!