20141129

Buku Diet

Ntah angin apa datang malam ni, tetibe jek pegi ke google play then cari buku pasal diet. Banyak jugak la dapat. Grab je sume yg free.

30 Day Low Carb Diet "Ketosis Plan"
Best of Diet Transitions
Mediterranean Diet
Low Carb Meals
Paleo Diet for You
Low-Carb Nutrition: How to do Low Carb Diets the Right Way
The 17 Day Diet Bible
Diet & Weight Lose Motivation Guide
20 Diet Secrets for Lasting Weight Loss Success
Low Carb Diets
Health Diet Assorted
Lose Pounds the East Way

Banyak2 buku ni xtau la ni nak bacanya bila. Harap2 ada masa la nak baca, dan yg penting akan dipratikkan.
Chaiyok! Chaiyok!

20141128

Keropok Lekor

Kemarin gi umah Melati kat Kuala Rompin. Balik semalam singgah kat Mersing beli kopok lekor. Konon nak diet ngan kopok lekor jek...

Masa form1 dulu Ain makan kopok lekor je. Masa tu skolah sesi petang. Sbelom gi sekolah pagi tu dalam kul 9 or kul 10 goreng separuh dari sebatang kopok lekor tu. Kenyang jek...

Kat skolah pulak masa rehat pon beli kopok lekor jugak 50sen. Kat Klantan kopok lekor 50sen dpt 5batang yg dh dhiris tu.

Memang hari2 tu makanan utama. Kalo ada tambahan pon pagi tu beli kuih singgit. Tak pon balik skolah tu makan nasi. Kalo tak memang kopok lekor je la ari tu.

Konon kali ni nak wat macam tu jugak. Pagi tadi goreng sebatang kopok lekor. Kenyang kejap, pastu lapar lagi. Tengahari sket goreng lagi sbatang. Hadoii macam xboleh jek kali ni...

Adakah sebab faktor kopok lekor?
Atau faktor usia?
Atau faktor "tong" skarang ni yg sangat2 besar?

Hurmmm....


20141125

Mandi Pagi

Sebaiknya mandi di pagi hari. Kalo boleh mandi sebelom subuh lagi elok. Tapi mandi ngan air sejuk tau, bukan air panas. Ini sunnah Nabi SAW. Dan dikatakan kebanyakan orang yg mandi pagi ni badannya slim aje. Why not kita try, mana tau ia membantu proses mengecilkan saiz badan kita ni.

20141124

Minum Banyak Air

Kita selalu je dengar or baca, tip paling basic kalo nak kuruskan badan mesti kena minum banyak air. Betol tak? Tipu la kalo cakap tak betol. Basic tip ni dah bezaman dah pon. Tapi nak minum air tu banyaknya banyak macam mana? Mesti penah tepikir kan?

Minum air secukupnya!
Macam mana nak tau cukup ke tak?

Minum air 8gelas sehari.
Gelas tu besar mana?

Minum air 2liter sehari.
Oke, yg ni Ain tak penah petikaikan. Tapi tu masa zaman budak2 dulu, zaman kanak2 riang. Bila dah besar tepikir jugak la, sume orang ke pelukan 2liter air sari? Macam umum aje kan? Kalo Ain memang xcukup. Nak2 pulak lepas makan nasi mesti minum air banyak. Tu Ain la, orang lain xtau la..

Aha, ni calculation paling mudah Ain dapat. Setiap 25kg badan kita perlukan 1liter air. Contohnya kalo macam Ain berat ain 83kg, so 83/25=3.32 means Ain perlukan 3.32liter air sehari. Kalo Ain nak minum 2liter je sari kena tunggu berat Ain jadi 50kg dulu la..

Ni basic punya pengiraan la. Bergantung jugak kepada jenis keje yg kita buat. Kalo wat keje2 berat or memenatkan  kena la up lagi kuantiti air tu. Senang cakap, walaupon dah cukup air, means dah cukup 25kg:1liter tu, tapi still rasa dage minum je la air.

Kenapa nak kena minum air yg banyak?
Sebab nanti air ni la yg akan jadi pelincir dalam badan kita. Toksik2 yg tak dipelukan badan akan dibuang melalui air, sama ada peluh or buang air tecik. Air jugak membantu melembutkan najis, secara tak langsung memudahkan proses pembuangan air besar. Takde la nak dok bejam2 dalam bilik air tu. Suka ke lepak dalam tu? Thehehe...

Oke, cukup tuk ari ni. Adios...

20141122

Park Kereta Jauh

Ehe... actually idea ni dah lama dah datang, xsilap ari Khamis lagi. Tapi disebabkan tenet wat hal tepaksa la postpone dulu.

Aha, kali ni nak suh park kete jauh2 sket. Sbenarnya Ain pon secara xsengaja terparking kete jauh dari gate. Actually dah park dkat sgt2 dh ngan gate, kononnya nak cepat. Masa nak masok tu takde masalah, sekali nak kuar gate tu kunci daa... so tepaksa la masuk kot main gate, means tepaksa la jalan jauh sket.

Nak gi sesi petang pon sama! Tapi naseb baek ada cikgu kat skolah tu dah panggil guard suh bukak mangga tu. Wahh sanggup tunggu nih semata2 taknak jalan jauh. Ala bukan jauh sangat pon, jauh sket je!! Nak balik petang tu ha baru tepikir kan bagus kalo jalan jauh sket, boleh gak sambil2 exercise, ye dok?

Ni tibe2 je teringat kat Salleh. Salleh banyak bagi semangat kat Ain nak kuruskan badan ni masa dia jadi guru ganti kat skolah Ain dulu skejap. Penah sekali dia ikut Ain gi branch shaklee kat Taman Molek. Boleh pulak dia paksa Ain park jauh dari kedai tu?! Betol2 ujung block dia suh parking. Jauh giler rasa nak jalan. Dah la beli barang banyak. ESP je 7tong, belom kira lagi yg lain2. Naseb baek dia tolong bawakkan. Ain melenggang je jalan gi kat kete. Hihi

Alang2 dah tercite pasal shaklee, sape2 yg bminat nak cuba boleh contact Ain ye. 0193672541. Ain pengedar Shaklee berdaftar yang sah oke, ngan id 1091073. Ha siap bagi id lagi nak menunjukkan Ain betol2 berdaftar!! Walaupon baru berpangkat supervisor dalam Shaklee ni Alhamdulillah boleh wat side income sket2. Sape2 nak try, nk wat bisnes jugak boleh la ye contact Ain guna nombor yg kat atas tu..

**peace**

20141119

Tips Menggunakan Losyen Pelangsing Badan

Wahhh... main ngan tips pulak ari ni ye. Ntah le tetibe je dapat idea nak post pasal losyen ni. Mana taknya banyak sangat produk2 nak langsing dengan hanya sapu sahaja!

Tapi penah tak guna dah abes sbotol or stiub.. stiub? Apa tu? Hahaha 1tiub la...
Oke, sambong. Dah abes 1 ... *wat so ever penjodoh bilangannya tuk produk yg kita beli tu* tapi tak nampak kesan pon! Apa perasaan? Confirm marah kan? Geram kan? Rasa macam produk tu tak menjadi kan? Rasa macam iklan tu sume menipu kan?

Opp... jap! Jap! Jap!
Mungkin salahnya pada kita!? Who knows, right?
Oke jom semak tips2 yg Ain penah baca or ada la sorang dua penah bagitau tips2 ni...

1.
Walaupon namanya losyen tapi nak gunanya bukan macam losyen badan biasa, main sapu2 gitu aje. No no no. Ini losyen pelangsing oke! Nak pecahkan lemak2 dalam badan, right? So kena rajin sket je. Sapu losyen tu lama2 sket kat tempat yg kita nak pecahkan lemak2 tu. Gosok tu sambil tekan2 sket. Gosok sampai losyen tu dah meresap masuk melalui liang2 roma badan kita. Boleh agak sediri la ye..

2.
Kalo ada sedikit lagi kerajinan, kalo ada ye sebab Ain ni kategori MALAS. So part ni Ain jarang2 je buat. Picit2 sket, tekan2, tumbuk2 kat tempat kita sapu losyen tu. Sket2 je xde la sampai sakit

3.
Sebaiknya sapu di waktu pagi lepas mandi. Takde la losyen tu jem ngan kotoran lain yg dah mlekat kat badan kita nak masuk dalam liang roma nanti. Hurmm boleh trima ke alasan ni? Alasan klentong tapi tips dari consultan pelansingan oke. Jangan ragu2, alasan je reka sdirik. Hahaha...

4.
Ni yg penting. Sangat2 penting bagi Ain, sebab yg ni la Ain stop guna losyen pelangsing sbelom2 ni . Kalo ada part yg blapis2 tu make sure xyah sapu la kat part dalam lapisan tu. Nak2 pulak kalo losyen panas. Seeloknya sapu sket2 je losyen tu, rasakan dulu tahap panasnya tu. Kalo rasa boleh tambah lagi baru la tambah lagi. Kalo teros taruk banyak2 teros jadik macam cacing kepanasan la. Hihihi ni pengalaman sdiri, pastu trus stop sebab dah serik

5.
Make sure jugak losyen tu tak tekena kat bagian joint oke. Sebab kulit kat bagian tu sangat2 nipis. Bukan panas aje, pedih wei nanti kalo kena situ!!!
Alamak ada pulak yg tanya 'joint' tu apa? Kalo 'join' tau la..
Hurmm macam mana nak explain yek? Ala yang jadi penyambung stiap anggota badan kita tu la. Apa ek dalam Bahasa Melayunya? Jap, nak belek kamus jap. 
Aha, SENDI la!!!
**blush**

Oke cukup la tu kot 5tips jek. Nak masak ni nak makan tengahari. Pasni kul 2 ada paper lagi, Add Maths paper2. Good luck ye untuk adik2 candidates SPM 2014.
Chakde! 

20141112

Jom Bermeditasi

Jangan ingat meditasi ni dok rilex gitu aje. Ingat lagi lecturer kat KMPP dulu ada cakap meditasi 20minit ni effect dia sama macam joging sejam! Hurmm betol2 bagos tu!

Apa yg bagosnya meditasi ni? Meditasi ni boleh buang 'racun' dalam hati & fikiran kita. Itu yg sebaiknya, bersihkan batin kita dulu.

So kat sini Ain nak share macam mana nak wat meditasi ni kat umah aje. Tak pon yang dok hostel tu blh jugak wat kat hostel je. Ni Ain ambik dalam majalah wanita oke..

1.
Cari dulu tempat yg sesuai. Sesuai macam mana? Yg takde orang, dan orang takkan pegi ke situ dlm tempoh meditasi kita tu.

2.
Duduk. Ada caranya jugak nak duduk tu. Bukan boleh main duduk gitu aje. Kalo nak duduk atas lantai, duduk besila oke. Make sure kaki kanan  duduk bertindih, means kaki kanan letak atas kaki kiri, bukan duduk kaki bepintal tu. Kalo nak duduk atas kerusi pulak duduk dalam sudut 90°. Belakang tu tegakkan ye, jangan mengada nak menyandar pulak. Tau la dok atas kusi, nanti kang tak pasal ngantuk pulak. Tangan pulak letak atas paha, make sure tapak tangan ngadap ke atas.

3.
Tutup mata. Letakkan ujung lidah kat lelangit.

4.
Mulakan dengan doa biar tenang zahir batin.

5.
Fokuskan fikiran ke idung.

6.
Benafas macam biasa. Fokus pada udara masuk & kuar.

7.
Masa nafas masuk cakap dalam ati 'masuk', masa nafas kuar cakap dalam ati 'kuar'.

8.
Bila pikiran dah tenang fokus balik kat pnafasan idung.

9.
Buat slama 10minit. Pastu tingkatkan kepada 15minit, pastu 20minit, so on.

10.
Bagi yg baru nak mula macam Ain ni boleh la guna aromaterapi atau muzik. Tapi sebaiknya takde sebarang bunyi sepanjang bermeditasi tu.

**bermeditasi cara Islam: SOLAT, ZIKIR, TAFAKUR**

20141108

Kasut Tumit Tinggi Punca Paha Besar?

Ya. Itulah yang Karen bagitau. Kalo gitu no wonder la paha Ain besar. Mana taknya, koleksi kasut yang ada sume tumit tinggi. Even sport shoes and selipar pakai dalam bilik air!

Nampak gaya nak kena belajar flat shoes la pulak pasni...

20141103

Double Lunch

Wahhhh... dah lama sangat rasanya tak update belog nih. Diet pon ntah ke mana dah. Lebih terok lagi ari ni makan tengahari sampai 2kali!!

Tadi masa jaga paper Pendidikan Seni Visual KP bagi pngawas2 gilir2 gi kantin. Alang2 dah dkat kul 11 makan berat aje la terus. Rehat tengahari tu sementara tunggu paper Bahasa Melayu kertas2 ikot Zana & Kak Feida gi umah Kak Norliza. Makan lagi? Ni la susahnya kalo jenis tak reti nak tolak pelawaan orang nih. Hurmm...