20151024

Diet Hancur

Gara2 annual dinner malam ni habis hancur sume diet. Makan aje apa yang ada. Dah la makanan yang disediakan tu sumenya tinggi kalori. Belasah je la. Cuma nasi je la yang tak makan.

Hihi kalo tengok cara makan tadi macam Azri je yang terlebih makan. Lauk untuk nasi beriani dua2 kambing ngan ayam dia bedal. Ainn cuma makan sate, cendol, marshmallow, rojak buah, karipap, kuih cara, aiskrim. Tu pon dah penuh sangat dah perut ni. Azri pon makan benda yang sama jugak, tapi ada extra la. Dia makan ayam masak merak, kurma kambing, air apa entah tadi. Ainn memang tak minum air tadi, tunggu balik umah je minum air masak kat umah.

Kalo tengok pemakanan malam ni memang la nampak Ainn yang akan menang competition tu nanti. Kalo tengok pemakanan hari2? Ainn ni pagi2 lagi dah bedal nasi goreng. Azri memang tak makan nasi langsung!

Cara diet berbeza. Tengok je la keputusannya nanti macam mana. Redha je la kalo Azri yang menang.

20151022

- 1 + 1 = 2

- 1 + 1 = 2, betol ke? Bukan 0 ke jawapannya?

Ikut perkiraan asas matematik macam tu la. Ikut perkiraan Azri ngan Ainn ni la jawapannya. Bila Ima belikan nasi lemak sorang satu tapi Azri berkeras taknak makan nasi, so Ainn mintak la nasi lemak dia tu. Rugi weh nasi lemak tu sesap gile!!!

Azri dah tolak sebungkus nasi lemak, Ainn dapat extra sebungkus nasi lemak, so Ainn makan 2bungkus nasi lemak! Bagus tak cara Ainn berdiet? Azri pulak dah beria2 nak kurus betol2 nak menang cabaran ni. Dah jumpa ngan kawan dia yang sah setahun tak makan nasi memang betol2 kurus lagi la dia bersemangat nak diet.

Ainn? Tak payah gopoh2 la. Ikut je cara Ainn dok buat tu. Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar!

20151015

Lamb Chop

Azri kata lamb kat mydin yang dah siap potong, siap marinated murah je. Satu slice tu dalam rm5 je. Dah tak payah marinate lagi, pastu nak kena tunggu lagi 3,4 hari. Beli yang ni tinggal bakar je!

Jeles ngan usaha Azri yang dah macam2, betol2 jaga pemakanan dia, konon tadi nak try la beli yang tu. Sekali tengok yang dah siap marinated rm25.99 sekilo, yang blom marinate rm19.99 sekilo. Beza rm5 je sekilo. Tapi tengok bahan dia guna tu macam banyak minyak je, pastu ada apa entah yang ketul2 tu tak tau apa. Ainn dah mula pikir lain dah. Lagipon Ainn selalu marinate guna western spices takot nanti tekak ni takleh terima pulak. Lagipon memang lebih puas kalo kita yang buat sendiri kan?

Diet Ikut Kumpulan Darah B

'Marah' betol Azri bila tau diet dia tak betol. Ada pulak tak makan nasi ganti dengan roti? Sepinggan nasi sama macam 2keping roti je la. Daripada dok makan roti berkeping2 tu kan lebih baik makan nasi je, lagi kenyang.

Dok sembang2 pasal diet, Ainn tanya la dia darah apa. Ooh rupanya kitorang sama2 darah B. Lagi la senang nak share pasal diet ni. Dah la diet untuk darah B ni banyak yang contra dengan darah O, Azri pulak dok search kat internet yang sah2 banyak ikut darah O. Dah memang majoriti manusia ni berdarah O kan.

Darah B ni tak boleh makan ayam, ketam, kerang, udang. Azri pulak suka makan makanan ni sume. Ahahaha nampak gaya pasni Azri memang nak kena belajar makan ikan la. Sedap apa makan ikan, daripada dok makan ayam aje manjang muak jugak!

Pisang, nenas, anggur, beri, betik, nasib baik sume buah2 ni Azri suka. Memang dah ada stok kat umah dia. Tak rugi la dia beli banyak2. Cuma lauk je la salah beli. Ala makan je la daripada dok buang gitu je.


Ainn ulur buku ni kat Azri, "Apesal ko tak bagi buku ni siang2?"
Ahahaha mana la aku tau buku ni ada kat kelas, aku ingatkan dok kat umah. Tengok dalam buku ni dia siap wat tables lagi, senang nak tengok. Yang aku garis2 tu, yang pen merah tu tak boleh makan yang pen ijau tu boleh makan.



Selamat mengamalkan diet ikut blood group ye Azri:-)

20151013

Makan Nasi Lepas Jogging

Geram betol ngan Oren. Ainn dah cite kat dia pasal competition Ainn ngan Azri, dah elok dah dia temankan Ainn jogging petang tu. Boleh pulak lepas jogging tu dia ajak Ainn pegi makan?

Setakat ajak Ainn makan je tak kisahlah, dinner pon kena makan jugak. Yang geramnya dia dah tau Ainn tengah diet tak makan nasi tapi dia order nasi utk Ainn!

Ikutkan hati memang taknak makan nasi tu. Biasalah, dah habis makan baru rasa menyesal. Yg buat Ainn bertambah2 menyesalnya, kalo Ainn tak makan nasi tu pon sebenarnya oke je sebab Oren siap order nasi tambah lagi lepas tu! Kalo tau awal2 lagi dia nak makan banyak Ainn bagi je nasi tu kat dia.

Spoil je diet semalam :'(

20151012

Fun & Fit.. Azri vs Nurul

Disebabkan semalam tak dapat penimbang so permulaan competition nak kuruskan badan antara Ainn ngan Azri was delayed. Tak senonoh betol Azri tadi langsung taknak main pape masa PJ, takot jejaskan timbangan nanti. Rugi la kalo exercise dulu baru timbang, nanti last timbang sikit la timbangnya. Ni la susahnya bila aim nak menang je. Bila entah nak mulakan kalo penimbang pon takde.

Elok je Ainn dok layan anak2 main gelung rotan nampak Syazali lalu. Cepat je Ainn jerit kat Azri suruh dia tanyakan pasal penimbang. Untung betol bukan setakat ada penimbang, tapi siap bagi terus! Hihi kesian penimbang kat kelas PK dah rosak.

Oke penimbang dah ada, so boleh mulakan la yek! Kononnya nak lawan sampai gaji ujung bulan ni terus bawak ke minggu last sekolah. Dah deal nak timbang weekly. Kalo nak timbang daily pon tak kisah tapi tak rekod la. Wahh Azri siap wat jadual lagi weh.

So mulakan hari ni dengan berat Azri 90kg, Ainn 78kg. Chakde Nurul Ain!

»nasib baik dah deal ngan Oren nak gi joging kat hutan bandar petang ni lepas dia balik keje :-)

20151011

Susu Nestle Omega Plus


Indahkan hari anda dengan segelas susu Nestle Omega Plus. 2gelas sehari, 3sudu sekali :-)

Wee dah macam iklan la pulak. Hihi Ainn memang suka minum susu. Dan susu pilihan Ainn semestinya Nestle Omega Plus. So far susu ni je yg tekak Ainn boleh terima. Pernah cuba brand lain tapi tekak ni macam xboleh nak terima. Melainkan Anlene Chocolate. Susu coklat xpuas la nak minum. Tapi kalo fresh milk kena brand lain la, tekak tak boleh terima Nestle Omega Plus ni. Huhu mengada betol tekak Ainn ni.

Kenapa Ainn pilih susu Nestle Omega Plus ni? Sebab susu ni membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita. Ingat ek, tak semestinya orang gemok macam Ainn je yg kolestrolnya tinggi. Ada jugak orang yg lebih kurus dari Ainn tapi kolestrolnya lebih tinggi dari Ainn.

Minum 2kali je sari. Pagi2 sebelom gi sekolah, pastu sebelom tido macam sekarang ni :-). Sekali minum tu guna 3sudu je susu tu, bancuh dengan segelas hot water. Jangan jadik macam kakak pulak, mentang2 la dia cakap 3sudu besar nah, dia ambik sudu wat makan bubur tu sukat susu tu. Tak ke pekat susu tu jadinya. Lemak2 sedap apa :-P