20151024

Diet Hancur

Gara2 annual dinner malam ni habis hancur sume diet. Makan aje apa yang ada. Dah la makanan yang disediakan tu sumenya tinggi kalori. Belasah je la. Cuma nasi je la yang tak makan.

Hihi kalo tengok cara makan tadi macam Azri je yang terlebih makan. Lauk untuk nasi beriani dua2 kambing ngan ayam dia bedal. Ainn cuma makan sate, cendol, marshmallow, rojak buah, karipap, kuih cara, aiskrim. Tu pon dah penuh sangat dah perut ni. Azri pon makan benda yang sama jugak, tapi ada extra la. Dia makan ayam masak merak, kurma kambing, air apa entah tadi. Ainn memang tak minum air tadi, tunggu balik umah je minum air masak kat umah.

Kalo tengok pemakanan malam ni memang la nampak Ainn yang akan menang competition tu nanti. Kalo tengok pemakanan hari2? Ainn ni pagi2 lagi dah bedal nasi goreng. Azri memang tak makan nasi langsung!

Cara diet berbeza. Tengok je la keputusannya nanti macam mana. Redha je la kalo Azri yang menang.

20151022

- 1 + 1 = 2

- 1 + 1 = 2, betol ke? Bukan 0 ke jawapannya?

Ikut perkiraan asas matematik macam tu la. Ikut perkiraan Azri ngan Ainn ni la jawapannya. Bila Ima belikan nasi lemak sorang satu tapi Azri berkeras taknak makan nasi, so Ainn mintak la nasi lemak dia tu. Rugi weh nasi lemak tu sesap gile!!!

Azri dah tolak sebungkus nasi lemak, Ainn dapat extra sebungkus nasi lemak, so Ainn makan 2bungkus nasi lemak! Bagus tak cara Ainn berdiet? Azri pulak dah beria2 nak kurus betol2 nak menang cabaran ni. Dah jumpa ngan kawan dia yang sah setahun tak makan nasi memang betol2 kurus lagi la dia bersemangat nak diet.

Ainn? Tak payah gopoh2 la. Ikut je cara Ainn dok buat tu. Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar!

20151015

Lamb Chop

Azri kata lamb kat mydin yang dah siap potong, siap marinated murah je. Satu slice tu dalam rm5 je. Dah tak payah marinate lagi, pastu nak kena tunggu lagi 3,4 hari. Beli yang ni tinggal bakar je!

Jeles ngan usaha Azri yang dah macam2, betol2 jaga pemakanan dia, konon tadi nak try la beli yang tu. Sekali tengok yang dah siap marinated rm25.99 sekilo, yang blom marinate rm19.99 sekilo. Beza rm5 je sekilo. Tapi tengok bahan dia guna tu macam banyak minyak je, pastu ada apa entah yang ketul2 tu tak tau apa. Ainn dah mula pikir lain dah. Lagipon Ainn selalu marinate guna western spices takot nanti tekak ni takleh terima pulak. Lagipon memang lebih puas kalo kita yang buat sendiri kan?

Diet Ikut Kumpulan Darah B

'Marah' betol Azri bila tau diet dia tak betol. Ada pulak tak makan nasi ganti dengan roti? Sepinggan nasi sama macam 2keping roti je la. Daripada dok makan roti berkeping2 tu kan lebih baik makan nasi je, lagi kenyang.

Dok sembang2 pasal diet, Ainn tanya la dia darah apa. Ooh rupanya kitorang sama2 darah B. Lagi la senang nak share pasal diet ni. Dah la diet untuk darah B ni banyak yang contra dengan darah O, Azri pulak dok search kat internet yang sah2 banyak ikut darah O. Dah memang majoriti manusia ni berdarah O kan.

Darah B ni tak boleh makan ayam, ketam, kerang, udang. Azri pulak suka makan makanan ni sume. Ahahaha nampak gaya pasni Azri memang nak kena belajar makan ikan la. Sedap apa makan ikan, daripada dok makan ayam aje manjang muak jugak!

Pisang, nenas, anggur, beri, betik, nasib baik sume buah2 ni Azri suka. Memang dah ada stok kat umah dia. Tak rugi la dia beli banyak2. Cuma lauk je la salah beli. Ala makan je la daripada dok buang gitu je.


Ainn ulur buku ni kat Azri, "Apesal ko tak bagi buku ni siang2?"
Ahahaha mana la aku tau buku ni ada kat kelas, aku ingatkan dok kat umah. Tengok dalam buku ni dia siap wat tables lagi, senang nak tengok. Yang aku garis2 tu, yang pen merah tu tak boleh makan yang pen ijau tu boleh makan.



Selamat mengamalkan diet ikut blood group ye Azri:-)

20151013

Makan Nasi Lepas Jogging

Geram betol ngan Oren. Ainn dah cite kat dia pasal competition Ainn ngan Azri, dah elok dah dia temankan Ainn jogging petang tu. Boleh pulak lepas jogging tu dia ajak Ainn pegi makan?

Setakat ajak Ainn makan je tak kisahlah, dinner pon kena makan jugak. Yang geramnya dia dah tau Ainn tengah diet tak makan nasi tapi dia order nasi utk Ainn!

Ikutkan hati memang taknak makan nasi tu. Biasalah, dah habis makan baru rasa menyesal. Yg buat Ainn bertambah2 menyesalnya, kalo Ainn tak makan nasi tu pon sebenarnya oke je sebab Oren siap order nasi tambah lagi lepas tu! Kalo tau awal2 lagi dia nak makan banyak Ainn bagi je nasi tu kat dia.

Spoil je diet semalam :'(

20151012

Fun & Fit.. Azri vs Nurul

Disebabkan semalam tak dapat penimbang so permulaan competition nak kuruskan badan antara Ainn ngan Azri was delayed. Tak senonoh betol Azri tadi langsung taknak main pape masa PJ, takot jejaskan timbangan nanti. Rugi la kalo exercise dulu baru timbang, nanti last timbang sikit la timbangnya. Ni la susahnya bila aim nak menang je. Bila entah nak mulakan kalo penimbang pon takde.

Elok je Ainn dok layan anak2 main gelung rotan nampak Syazali lalu. Cepat je Ainn jerit kat Azri suruh dia tanyakan pasal penimbang. Untung betol bukan setakat ada penimbang, tapi siap bagi terus! Hihi kesian penimbang kat kelas PK dah rosak.

Oke penimbang dah ada, so boleh mulakan la yek! Kononnya nak lawan sampai gaji ujung bulan ni terus bawak ke minggu last sekolah. Dah deal nak timbang weekly. Kalo nak timbang daily pon tak kisah tapi tak rekod la. Wahh Azri siap wat jadual lagi weh.

So mulakan hari ni dengan berat Azri 90kg, Ainn 78kg. Chakde Nurul Ain!

»nasib baik dah deal ngan Oren nak gi joging kat hutan bandar petang ni lepas dia balik keje :-)

20151011

Susu Nestle Omega Plus


Indahkan hari anda dengan segelas susu Nestle Omega Plus. 2gelas sehari, 3sudu sekali :-)

Wee dah macam iklan la pulak. Hihi Ainn memang suka minum susu. Dan susu pilihan Ainn semestinya Nestle Omega Plus. So far susu ni je yg tekak Ainn boleh terima. Pernah cuba brand lain tapi tekak ni macam xboleh nak terima. Melainkan Anlene Chocolate. Susu coklat xpuas la nak minum. Tapi kalo fresh milk kena brand lain la, tekak tak boleh terima Nestle Omega Plus ni. Huhu mengada betol tekak Ainn ni.

Kenapa Ainn pilih susu Nestle Omega Plus ni? Sebab susu ni membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita. Ingat ek, tak semestinya orang gemok macam Ainn je yg kolestrolnya tinggi. Ada jugak orang yg lebih kurus dari Ainn tapi kolestrolnya lebih tinggi dari Ainn.

Minum 2kali je sari. Pagi2 sebelom gi sekolah, pastu sebelom tido macam sekarang ni :-). Sekali minum tu guna 3sudu je susu tu, bancuh dengan segelas hot water. Jangan jadik macam kakak pulak, mentang2 la dia cakap 3sudu besar nah, dia ambik sudu wat makan bubur tu sukat susu tu. Tak ke pekat susu tu jadinya. Lemak2 sedap apa :-P

Siapa Turun Banyak

Datang sekolah pagi ni abam penyelaras mintak beat, tengok sape yg kurus dulu. Deal 25hb ni timbang balik, tengok sape yg paling banyak turun dia yg menang. Hadiahnya? Wahh siap hadiah bagai, baru la semangat nak kurus, ye dok. Hadiahnya dalam pertimbangan. Bajet tuk hadiah rm100, kiranya sorang kena keluarkan rm50 la.

Lawan tu lawan la jugak, hari ni pon xtimbang lagi. Penimbang kelas rosak la pulak...

»hadiah apa yek yg sesuai??

20151009

Plan Diet

Bila dah banyak sangat plan diet yg dishare kat laman sosial ni jadik kompius pulak xtau nak polow yg mana. So far Ainn tertarik ngan 3plan diet ni, tapi xtau nak choose yg mana 1.

1st plan diet Atkins. Yg ni ramai yg dok polow. Ramai kawan2 kat skolah amalkan diet ni opkos la ramai yg menjadi. Ainn terasa jugak la nak ikut polow jugak tapi masalah Ainn disiplin la. Tak makan nasik takde masalah bagi Ainn, cuma bila dah lama tak makan tu rasa macam teringin sangat2. Lagi pulak macam terbatas jek nak makan apa :-$

2nd plan diet ni taktau apa namanya. Tapi kalo ikut diet ni kna bekfes like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar. Means pagi tu kena makan banyak2, kenyang2. Tengahari kurangkan sket, malam pulak makan sket je. Kalo plan diet ni lagi la Ainn suka. Dah memang adat ore Klate makan nasi awal pagi. Pagi2 lagi dah makan nasi. Nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi apa lagi yek? Kiranya segala macam nasi tu kita dah makan pagi2 lagi utk bekfes. Ainn ni pulak kalo pagi2 dah makan berat, dah kenyang, tak makan sampai malam pon takpe dah. Memang kenyang je. Masalah Ainn je la nak makan apa pagi2 tu? Nak kena masak sediri ke? Hurmm bab kena masak ni la yg berat sket. Nak beli kat kantin kang pagi2 takde benda lain. Bihun, mi, nasi goreng, tu je!

3rd plan ni Ainn dapat masa Ainn wat treatment kat Bizzy Body. Nama je wat treatment kat situ takde beza apa pon, duit je abes banyak. Plan ni pon Ainn dapat curik2 je. Penah sekali tu masa Ainn gi wat treatment kat situ Ainn tengok plan diet ni. 4weeks diet plan. 1st week sugar blockage, kena makan protein je. Means2 lauk2 je la. Masa this week takde lemak2 baru dimasukkan ke dalam badan kita. So kita akan burn lemak yg sedia ada kat badan kita sbg sumber tenaga. 2nd week detox, makan buah2 je. Masa ni opkos la banyak membuang aje. Tapi seeloknya 2nd week ni jatuh pada minggu kita on period. 3rd week makan sayur je. Last week baru amalkan pemakanan seimbang. Takkan 4minggu je? Boleh kurus ke? Ke kena letakkan aim kita nak capai tu bila then separate to 4periods, then ikut period tu 1 by 1? Susahnya bila ilmu curik nih!

Kiranya 3rd plan ni ada iras2 ngan 1st plan la kan? Cuma bezanya diet Atkins boleh makan lauk + sayur, cuma xboleh makan carbo + buah je. 2nd plan xkisah makan apa pon cuma kena ikut daily step tu je la. So mana yek nak pilih?

20151008

Bermulanya Sesi Mengurangkan Berat Badan

Once Oren dah stat keje ari ni maka bermulalah sesi mengurangkan berat badan Ainn untuk kali yg ke berapa entah ni. Harap2 dgn misi kali ni Ainn lebih berdisiplin dan betol2 berjaya mengurangkan berat badan. Malu weh bila kakak Oren dok mengata Ainn ni besar. Memang tak padan la ngan adik dia yg keding tu.

Kali ni Ainn taknak letak target tinggi2. Sikit2 je pon takpe asalkan konsisten. Kali ni nak letak target biar kena dgn Ainn ni yg susah sikit bab disiplin ni. Dalam tempoh 3bulan nak turunkn 10% je.

Sekarang ni xtau la pulak berat Ainn ni berapa kg. Dah lama dah tak timbang. Nak timbang malam tadi bateri penimbang tu habis bateri la pulak. Anggap je berat Ainn sekarang ni 75kg, so ujung tahun ni mesti kena dapatkan 67.5kg. Macam mana pon kena dapatkan jugak. Ujung tahun ni tak boleh lebih drp berat ni dah. Ni kira paling berat la ni.

Kira oke la ni ek utk majlis tunang nanti dgn berat 67.5kg ni. Teruskan utk majlis kawen nanti pulak. Harap2 kali ni betol2 la, kecik sikit ye Cik Ainn tunang nanti.

20151001

Bila nak restart

Tengahari tadi Kak Sam singgah kat kelas PK, sempat dia tanya Ainn macam mana, dah brapa kilo turun?

Hurmm nak jawab macam mana ya? Xtau brapa kilo yang turun, memang susah sangat nak jawab tu. Memang tak boleh nak agak. Makin kembang je rasa badan ni!

Gara2 banyak ari jugak la dok timbang takde perubahan. Terus give up. Kak Sam siap bagi kata2 semangat supaya Ainn teruskan jugak. Excercise kat umah je pon takpe. Dia turun 6kg je sebulan, jeles ngan orang lain yg turun belas2 kilo. Tapi dia tak give up macam Ainn pon!

:-) nanti la ye Kak Sam, takde mood nak berdiet lagi skarang ni..

20150930

Kurus Dengan Madu

Ni petua Ainn dapat dari Kak Mimi. Katanya kena amalkan setiap pagi. Tak susah pon!

Ambik sesudu madu, perahkan sedikit limau kasturi, then minum. Memang sedap!

Disebabkan Ainn takde stok limau kasturi Ainn guna perahan lemon. Su pulak lebih suka guna perahan limah nipis. Mana2 pon tak kesah la kan? Tengok la hasilnya nanti macam mana. Cuba je la...

20150928

Ainn dah kurus ke?

Bila Kak Ayu tanya Azri, " Si Ainn tu dah slim ke?"

Malu pulak bila Kak Ayu tanya gitu. Malu pada diri sendiri sebenarnya. Bukan main beria kononnya nak diet, tapi.... hampeh!!

Dah kebuntuan idea dah ni nak follow group diet yang mana. Sebabnya masalah Ainn sendiri la, DISIPLIN!! Part ni la macam susah sket. Hurmmm

20150304

Dah Kurus Ke?

Dah lama xpegi kantin. Sekali pegi ramai betol yang tegor cakap nampak kurus? Hurmmm  kurus ke? Beria2 diorang dok yakinkan memang nampak dah kurus sket, nak2 pulak tang pipi. Dah tak bambam ke?

Stakat kurus sket je macam xbest jek kan?  Tapi sbelom kurus banyak tu kena la kurus sket dulu kan? :-)

20150211

Sauna

Dah lama rupanya tak bebel kat sini. Dah dekat sebulan dah rupanya yek. Nak cite pasal pengalaman Ain pegi sauna ari tu, dah lama dah jugak dah 2mggu lepas kot.

Masa tu ada appointment kat London 11pagi. Tapi dah lewat xsempat nk bekfes, ambik 1bar kecik coklat je. Kononnya coklat tu dah cukup bagi tenaga.

As usual *so far* 1st treatment is sauna. Mula2 tu oke aje. Bila orang sebelah ni dah kluar tp Ain ni xde sape pon panggil lagi cuak jugak. Dia xigt ke? Sebab yang serve Ain ari tu orang lain, bukan Karen sdiri. Sebab dah lama sangat Ain kluar kejap.

Bila nak masuk balik tu sebab nak ambik spec & kunci locker tetibe jek ase nak pitam. Dan2 gelap aje pandangan. Yang Ain respect diorang sama2 pakat 2,3orang tolong Ain. Lama, xnampak apa pon. Suara diorang cakap pon bunyi macam dalam gua. Diorang jaga sampai Ain boleh jalan, tu pon papah jugak la. Then rehat kat bilik wat treatment.

Ramai jugak yang masuk betanya khabar. Memang diorang care sangat2. Memang boleh rasa service kat sini, customers is the king.

Ada sorang amoi tu masuk then bagitau kalau nak wat sauna kalau rasa tak tahan keluar aje. Memang Ain oke aje masa tu. Pastu dia cakap, PASTIKAN PERUT BERISI!!! Tu laa Ain wat dengan perot kosong maybe sebab tu la kot.

Pasni sebelom wat treatment kat London kena make sure isi perut dulu, oke!

20150114

Diet Ala Aizat

Dok tengok tv boleh pulak tengok #throwback. Kali ni ngan Aizat Amdan. Xtau la ni yg baru ke siaran ulangan. Paham2 la astro ni banyak sgt ulangan. Yg dah betahun pon masih lagi dok ulang.

Oke, bebalik kpd cite Aizat tu, memang xsah kalo xdiselitkan cite dia yang dah kurus tu. Mana taknya masa mula2 masok AF dulu tengok la badan dia macam mana.

Stakat show stengah jam tu apa la sangat yang nak dicitekan ngan kesah dia yang dah kurus tu. Mana nak cite pekembangan nyanyian dia lagi. So dengan dunia tanpa sempadan ni kita google je la. Cedok apa rahsia Aizat tu yek. Jom sama2 kita amalkan kalo betol nak kurus macam Aizat tu.

20150112

Let Restart

Belajar dari kesilapan. Semalam tak bawak bekal tak pasal 'terhancur' diet semalam. Ari ni dah xnak jadik macam smalam lagi, walaupon dah kuar umah sanggup nih masok balik ambk buah wat bekal.

Ingatkan nak bawak buah campur. Anggur ijau sket, anggur merah sket, epal merah sbijik, epal ijau sbijik, pisang sbijik, nenas sket. Tapi sebab dah lewat main ambk je anggur yang siap pack.

Masa rehat orang lain sume dok makan nasi, Ain soram je makan buah. Ina tanya, 'ni ari ni baru start ke apa?'

Smalam dah kantoi. Tepaksa la mulakan ari ni.

20150111

Nasi Oh Nasi

Huwaaa... baru je plan xnak makan nasi. Dah beli dah banyak2 buah kat econsave, konon nak makan buah aje minggu ni.

Rehat tadi sebab uruskan pertukaran Farid yang dapat tawaran ke SMPK(V) Indahpura. Tahniah ye Farid. Dok sibuk uruskan mana yang patot, rehat tadi mintak tolong Kak Siti belikan makanan. Lupa pulak nak bagitau dia xmakan nasi, belikan lauk aje.

Kak Siti beli nasi + ikan keli masak lemak + sayur tumis bayam. Nasi tu biasa la, ikan keli tu dah la banyak lemak, masak lemak pulak tu. Dah abes makan baru teringat bagi aje la budak2 makan sepatotnya kan, kalo betol2 nak diet.

20150110

Turun 10kg vs Naik 10kg

Disebabkan Oren tu keding orangnya, Ain pulak xxxl orangnya, takot jugak kan xbalance maunya senget pelamin nanti. Nak bagi balance kalo Ain sorang aje yang nak kena kecikkan badan macam xsempat kot dalam tempoh 5bulan ni...

So, idea jahat ni datang la. Beat ngan Oren suh dia naikkan berat dia 10kg, Ain pulak turun 10kg. Kita tengok sape yang menang. Penentu dia masa nak betunang nanti.

10minggu = 10kg

Denda utk yang kalah? Entah la Oren tu susah pulak dia pikir denda ni. Takot kalah le tu....

20150109

Twist Target

Weee dah lama xupdate belog nih. Dah lama xwat diari diet. Diet le sangattttt... puiii!!

Hehe, dok kampong xde letrik, talian tepon pon xde. Air xyah cite la awal2 lagi dah xde. Dugaan betol banjir tahun ni. Inshaa Allah ada hikmah di sebaliknya.

Oke berbalik kpd diari diet Cik Neolofa ni, yang sah2 xdapat nak capai target asal 25% loss in 3moths. So kita buat target baru. Dengan berbekalkan semangat baru. Inshaa Allah kali ni memang kena berdisiplin.

Macam Kak Ina cakap la, kalo nak kawen inshaa Allah mesti boleh punya. Hihihi berbekalkan alasan ni le, selepas MrOren dah melamar walaupon belom rasmi lagi, at least boleh jadikan semangat.

Oke, target kali ni senang aje. Turun 1kg seminggu. Oke!